Tahukah kalian siapa Uwais al-Qarni? Uwais al-Qarni merupakan pemuda
yang disebut-sebut namanya oleh Rasullulah SAW kepada para sahabat
baginda. Rasullulah saw pernah berpesan kepada Saidina Umar ra dan
Saidina Ali ra bahwa akan lahir di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul
do'anta yang akan lahir di zaman kamu (zaman selepas kewafatan Rasullulah
saw). Tujuan Rasullulah SAWmenyuruh Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra
mencari Uwais al-Qarni tidak lain ialah meminta Uwais al-Qarni berdoa kepada Allah SWT supaya mengampunkan dosa-dosa sahabat (Saidina Umar ra dan Saidina Ali
ra).
Marilah kita lihat apa istimewanya Uwais al-Qarni sehingga
Rasullulah SAW meminta sahabat mencari dan meminta doa darinya.
Pada
zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah,
pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan. Kulitnya kemerah-merahan.
Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan
kanannya menumpang pada tangan kirinya. Ahli membaca al-Quran dan selalu
menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup
badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang
menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia, namun sangat terkenal di
antara penduduk langit.
Tatkala
datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki
Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi
syafa'atnya. Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at
bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke
Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia
adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...
Tidak
banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak
suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan
hatinya. Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk,
seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan
daripada manusia.
Suatu
ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang
itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi
tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:
“Aku Kawatir, nanti orang akan
menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak dari membujuk,
pasti dari mencuri".
Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak
saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Bagi
menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing.
Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya
bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu
tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan. Kesibukannya sebagai
pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi
kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di
malam harinya.
Uwais
al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri
Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah
Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang
terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri
Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya
kebenaran. Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk
mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman,
mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah
sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari
Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu
para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan. Kecintaannya kepada
Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih.
Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia
beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan
merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?
Diceritakan
ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah
kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan
Uwais. Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut
dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum
pernah melihatnya.
Hari
berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat
untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya
dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang
wajah beliau dengan dekat?"
Bukankah
dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak
sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam
menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah. Akhirnya, pada suatu hari
Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada
ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan
anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata, "Pergilah
wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah
engkau kembali pulang." Dengan rasa gembira dia berkemas untuk
berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan
ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya
selama mana dia pergi.
Sesudah
siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju
Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun
gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan
begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui
demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang
selama ini dirinduinya.
Tibalah
Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W,
diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina
'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais. Segera sahaja Uwais menanyakan
Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah
melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh
ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya
bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.
Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di
telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang
ke Yaman.
"Engkau
harus lekas pulang." Atas
ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan
kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W. Dia akhirnya
dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke
negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang
dengan hati yang pilu.
Sepulangnya
dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang
mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak
yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di
langit. Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah
R.A dan para sahabatnya terpegun. Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang
benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana
ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya
terlalu lama.
Rasulullah SAW bersabda : "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais Al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih ditengah-tengah telapak tangannya".
Sesudah
itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A
dan bersabda: "Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan
dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan
penghuni bumi."
Tahun
terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai
waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan
Khalifah Umar R.A. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi
S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan
kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap ada
kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais
al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada
yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau
berdua. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa
barang dagangan mereka.
Suatu
ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah
Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais
turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama
mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar
jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.
Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan
sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat.
Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut
sambil bersalaman.
Sewaktu
berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais,
untukmembuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan
Uwais,sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W. Memang
benar! Diapenghuni langit.
Dan
ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
"Siapakah nama saudara?"
"Abdullah." Jawab Uwais...
Mendengar
jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,
"Kami juga Abdullah, Yakni hamba Allah. Tapi, siapakah nama kamu yang sebenarnya?"
Uwais
kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."
Dalam
pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah
sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu.
Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan
mendoakan untuk mereka.
Uwais
enggan dan dia berkata kepada khalifah,
"Sayalah yang harus meminta Do'a kepada kalian".
Mendengar
perkataan Uwais, Khalifah berkata,
"Kami datang kesini untuk memohon do'a dan istiqfar kepada anda".
Karena
desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya,
berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji
untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan
hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata, "Hamba
mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya,
biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."
Setelah
kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.
Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika
itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa
disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang. Akibatnya,
hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan
menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki
yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami
memanggilnya.
Lelaki
itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya
kami melihat kejadian itu.
"Wahai Waliyullah., tolonglah kami!"
Namun,
lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,
"Demi Dzat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"
Lelaki
itu menoleh kepada kami dan berkata,
"Apa yang terjadi?
"Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan dihantam ombak?" Tanya kami.
"Dekatkanlah diri kalian kepada Allah SWT!!" Katanya.
"Kami telah
melakukannya."
"Keluarlah kalian
daripada kapal dengan membaca Bismillah Hirrahmaan Nirrahiim!"
Kami pun keluar daripada
kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih.
Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta
isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata kepada kami, "Tidak apalah harta kalian menjadi korban, Asalkan kalian semua selamat."
"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama tuan? " Tanya kami...
"Uwais
al-Qorni." Jawabnya
dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya, "Sesungguhnya, Harta yang ada dalam kapal tersebut adalah milik orang-orang Fakir diMadinah yang dikirim oleh orang Mesir."
"Jika Allah SWT mengembalikan harta kalian, Apakah kalian akan membagikannya kepada orang-orang fakir diMadinah? tanyanya
"Ya!" Jawab kami.
Orang
itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais
al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami
menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami
membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada
satu pun yang tertinggal.
Beberapa
waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke
rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak
orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan
untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk
mengkafankannya.
Demikian
juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada
orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju
ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh
Abdullah bin Salamah menjelaskan,
"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu, aku ingin kembali ke kuburannyanya untuk memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi.. sudah tidak ada bekas dikuburannya."
(Syeikh
Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais
al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
Pemergian
Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadihal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian
banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan
pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.
Sejak
dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ
selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.
Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka
saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais
al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang
tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"
"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. dan mereka datang dalam jumlah yang sedemikian banyaknya."
"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. dan mereka datang dalam jumlah yang sedemikian banyaknya."
Agaknya
mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus
jenazah dan pemakamannya.
Baru pada saat itulah, penduduk Yaman mengetahui siapa Uwais al-Qarni...
=== Dialah Uwais al-Qarni ===
Wali Allah yang tidak terkenal diBumi tetapi Sangat Terkenal diLangit
Sumber Dari : http://mselim3.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment